Mr DIY – Yayasan

Yayasan MR D.I.Y lancar program biasiswa bantu pelajar Malaysia lanjut pengajian

lancar-program

KUALA LUMPUR: Yayasan MR D.I.Y telah melancarkan program biasiswa pertamanya bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka.

Program biasiswa itu bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang layak yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang selain memiliki ciri-ciri kepimpinan serta penglibatan khidmat masyarakat yang kukuh bagi meringankan bebas kewangan mereka.

Yayasan itu juga telah mengumumkan dua penerima biasiswa iaitu Cheong Wai Kee yang sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan dan penerima kedua adalah Tan Zhi Liang yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dalam Perakaunan.

Kedua-dua pelajar merupakan pelajar semester keempat dan kedua dari Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y, Zaleha Mohd Mydin dalam kenyataan media berkata, Yayasan MR D.I.Y percaya bahawa pendidikan membawa perubahan positif.

“Kami berkomited untuk menyediakan peluang kepada pelajar yang berpotensi tinggi bagi merealisasikan potensi penuh mereka,” katanya.

Tambahnya, program biasiswa itu menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar sarjana muda yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, kemahiran kepimpinan yang kukuh dan komitmen yang tinggi untuk membantu komuniti.

“Tan Zhi Liang dan Cheong Wai Kee telah menunjukkan ciri-ciri yang sangat baik dan kami mengharap sokongan kami terhadap mereka akan menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia untuk mencapai impian mereka.

“Kami mengharap untuk terus memberi impak positif kepada kehidupan anak muda di negara ini, membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang mampu memberikan impak kepada generasi akan datang,” katanya.

Yayasan MR D.I.Y berdedikasi untuk mempromosikan perlindungan alam sekitar, meningkatkan kesihatan, memupuk pembinaan kapasiti, dan memupuk seni dan budaya.

Diasaskan pada Jun 2023, organisasi ini berdedikasi untuk mencipta perubahan positif untuk rakyat Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Yayasan MR D.I.Y, sila layari laman web mereka di https://www.mrdiy.com/project?year=2024

Press Releases

infak_24000_air_mineral
Yayasan MR D.I.Y infak 24,000 air mineral untuk Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2025
pertandingan-seni
Pertandingan seni MR D.I.Y. 2025 angkat identiti karya rakyat Malaysia
raya-penuh-makna
‘Raya Penuh Makna’ Yayasan Mr D.I.Y, Food4U santuni gelandangan di KL